Hargai anugerah ‘cinta’
BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda,
tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai
seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang
anda rasakan.
Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.
Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.
Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam
suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat
mengenai si dia.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika
bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita
terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain terbuka.
Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada
pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang
terbuka untuk kita.
Teman yang terbaik adalah individu yang
sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak
pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.
Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.
Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda
dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda
menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.
Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.
Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering
dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun
kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan.
Janganlah mudah berputus asa.
Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat
kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat
membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang
gelap menjadi cerah.
Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat
membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat
merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.
Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda
ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya
hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.
Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup
dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda
menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu
berbahagia.
Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.
Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.
Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.
Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di
sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda
meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di
sekeliling menangis.