Archive for April, 2008

~kata2 Bijak Tentang Cinta~

Monday, April 21st, 2008

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,”
Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci.
Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

khas untuk orang putus kasih…putus tunang and seumpama denganya…….

Monday, April 21st, 2008

Memang ALLAH sengaja….

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang g salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.

Gapailah
keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan
laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan
HANYA kepada-NYA.

BICARA BUAT KASIH YANG TERISTIMEWA YANG JAUH DI SANA

Monday, April 21st, 2008

Ku tuliskan bicara ini
Tika senja menyisih pergi

Melakarkan rasa hati
Dalam sehelai kertas putih

Bicara tanpa suara
Lahir dari jiwa
Yang sering merintih

Beban rindu menagih
Kasih dari seorang kekasih

Bicara kasih buat yang teristimewa

Cuba ku sampaikan dalam tarian pena

Menganyam sebaris dua kata

Menyimpul sehelai dua bicara
Agar bisa dirasa

Ada jiwa yang sedang tersiksa

Bilakan reda rasa resah

Andai jiwa sedang gulana

Menangis tanpa air mata

Merindu tanpa makna

Semuanya sia-sia… … …
sia-sia dan tidak ada maknanya…………………..

Monday, April 21st, 2008
Jangan pernah katakan cinta
                         Jika kamu tidak pernah peduli

                       Jangan bicara tentang perasaan
                        Jika rasa itu tidak pernah ada

                         Jangan pernah genggam jemari
                        Jika berniat membuat patah hati

                        Jangan pernah katakan selamanya
                          Jika berniat untuk berpisah

                         Jangan pernah menatap mataku
                   Jika yang kamu ucapkan adalah kebohongan

                       Jangan pernah ucapkan "Halo"
                Jika berniat mengucapkan "Selamat Tinggal"

              Jangan pernah bilang kalau "Akulah satu-satunya"
                   Jika kamu mengimpikan yang lainnya

                        Jangan pernah mengunci hatiku
                     Jika kamu tidak punya kuncinya

dethro is offline

Add to dethro's Reputation
vbrep_register(”8922″)

Report Post

Reply With Quote

Cinta Seorang Lelaki

Sunday, April 20th, 2008

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.

Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki benar2 Jatuh Cinta ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH setiap lelaki yang mencintaimu……

dan untuk lelaki…adakah kita benar2 mencintai si dia…Renungkanlah……..

hanya kerana cinta

Sunday, April 20th, 2008

Seseorang
pernah berkata ~ Dalam hidup ini, kita akan jatuh cinta banyak kali.
Tapi akan tiba suatu ketika, di mana kita akan berhenti dan benar-benar
jatuh cinta buat ke sekian kalinya. Berbahagialah buat mereka yang
menemui cinta sejati mereka, kerana bukan semua orang sebegitu bertuah
untuk mendapatkannya…

Benarkah kata-kata ini? Apa yang pasti, kita yang dikurniakan dengan
akal fikiran yang lengkap, kadang-kadang terlalu mudah jatuh cinta, dan
terlalu mudah pula mengungkapkannya. Sehingga cinta menjadi sesuatu
yang terlalu murah dan bisa diperolehi di tepi-tepi jalan. Alangkah
sadisnya…

Cintakah namanya, apabila hati ingin memiliki? Cintakah namanya,
apabila perasaan ingin menguasai? Sebagaimana persahabatan, cinta
umpama pasir yg berada di genggaman. Digenggam terlalu erat, pasir akan
jatuh ke tanah perlahan-lahan. Tapi dibiar tenang, ia bisa menjadi
monumen yang mengkagumkan.

Seseorang yang lain berkata ~ Jika kamu mencintai, lepaskan dia, dan
biarkan dia menjadi apa yang dia inginkan, di mana, bila, dan
bagaimana, mengikut kehendaknya sendiri.

Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula
padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah
dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih
baik dari itu.

Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat
berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak
gentar dengan peraturan.

Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana janji. Bukan cinta
namanya, jika kamu bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika
kamu bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta
kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana setia.

Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta hanya kerana cinta.

Hanya kerana CINTA…

luahan hati

Sunday, April 20th, 2008

kadang-kadang kita xsedar bahawa orang yang kita xpeduli sayang giler kat kita,
kadang-kadang kita xsedar kita terlampau sayang kat orang,
sedangkan dia selalu sakitkan hati kita……..
dan kita xpernah sedar, kita bukannya sempurna untuk menempatkan orang yang sangat-sangat sempurna dalam hidup kita….
dan kita bukan saper-saper untuk buat orang menyanyangi kita macam kita sayang kat dia…….
sebab kita cuma SEORANG MANUSIA BIASA YANG PUNYA HATI DAN PERASAAN…………………………………………………………………………