Archive for May, 2008

kissm n btn

Monday, May 26th, 2008

hari ni masuk ler hari ke2 kursus induksi sistem saraan malaysia atau singkatanya kissm.erm bosanya xyah cakap ler.dengar jer kan, nk salin jangan harap ler, orang dah mlas kan so tadah jer la telinga ni sampai ler kul 4 ptg. yang paling xbestnya hari sabtu pon ader gak. peh ni dah melanggar etika aku percutian aku ni. tapi nk buat camner kan, kursus wajib ler, dah 2 sijil dah xdapt slalu ponteng kan, disebabkan kursus ni wajib dihadiri so datang ler dengan hati yang xiklas.huhu dan yang pling bestnya kissm ni ader asiment dan ader exam. memang menarik kan.pastu lak kena la brainwash kat biro tata negara.huhu nasib badan nasib badan.so anyway pada kawan2 seperjuanganku aku doakan ko tabah dalam berada dalam seminar ni eks, belum lagi dugaan kali dihntar ke pedalam eks.huhu jadikan ni sebagai satu cobaan…..

exam dah habis daa

Thursday, May 22nd, 2008

pukul 130 hrari ni maka tamat ler perjuangan aku di maktab ni………..
merdeka la aku namanya……………
jadi program pertama adalah pergi tengok wayang kat klcc, citer indiana jones…..
erm boleh ler tahan citer tu….menarik, lawak gak but ending dier xberapa ler skit…
boleh bagi 4 bintang ler….huhuhu
so sekarang ni ader 3 minggu lagi tuk kursus induksi n btn seminggu….
pastu xtau ler maner diorang nk campak kan…..

exam tention

Friday, May 16th, 2008

ader lagi 2 hari tuk exam……
dah lamer dah tak amik exam ni
dah berkarat kot otak ni……
laz amik exam tahun 2005
pastu ni lak 2008
tak tau ler camner kan
otak dah berkarat campur lak dengan tahap kemalasan yang tinggi maka terbentuk ler satu lapisan degil yang tak boleh buka buku langsung tuk stdy
huhuh so aper lagi bismillahitawakalallah ler
dalam kepala hotak ni target lulus jer
tanak ler nk cemerlang ker gemilang ker
tu dah hingin daaah.
janji lulus jer
minta2 lulus ler
huhu
pastu aper lagi merdeka ler
nak kata tention tu
erm
xder la sngt kalo nk kompare ngan kat u dulu
sebb kat u dulu kalo time2 gini dah gelabah dah rasanya
huhuh
aper pon gud luck tuk yang nk amik exam
huhu

hargailah anugerah cinta

Friday, May 9th, 2008

Hargai anugerah ‘cinta’
  BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda,
tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai
seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang
anda rasakan.
  Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam
suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat
mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika
bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita
terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada
pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang
terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang
sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak
pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

  Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda
dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda
menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering
dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun
kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan.
Janganlah mudah berputus asa.

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat
kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat
membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang
gelap menjadi cerah.

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat
membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat
merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda
ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya
hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup
dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda
menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu
berbahagia.

  Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di
sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda
meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di
sekeliling menangis.

cinta dan mimpi

Friday, May 9th, 2008

Pernahkah, apabila kamu bangun dari tidur, kamu tiba-tiba berasa hiba lalu menangis? Kenapa? Kerana kamu bermimpikan si dia. Dia yang kamu pernah cintai, tetapi telah meninggalkan kamu. Atau, dia yang hanya kamu minati dalam diam, tapi tak pernah kamu miliki. Perasaan kamu menjadi sedih, hiba dan tak keruan, pagi kamu sudah tidak seceria kelmarin. Kenapa harus kamu mengingatinya? Padahal ianya sudah berakhir antara kamu dan dia. Kamu harus memandang ke hadapan, bukalah lembaran baru dalam hati kamu.

Berjalan ke tempat kerja, dan kampus, fikiran kamu hanya tertumpu pada si dia yang muncul dalam mimpi pagi tadi. Kamu tidak dapat menumpukan pada kerja dan pelajaran. Kamu tidak terdaya untuk melemparkan senyuman pada orang sekeliling. Kenapa? Kerana kamu hidup dalam kisah semalam. Kamu terperangkap dengan kisah lalu. Kamu menyedarinya, tapi kamu merelakannya. Padahal kamu tahu, walau macamana cara sekalipun kamu bersedih, dia tak akan kembali padamu. Dia sudah menjadi milik orang lain. Kenapa kamu harus berdegil dan tidak mahu menerima kenyataan ini? Kalau kamu menyintainya, haruslah kamu mendoakan kebahagiaannya. Tapi jawapan kamu apa? Biarlah aku mengingatinya, biarlah aku terseksa! Standard sungguh jawapan cinta kamu.

Itu kamu yang pernah bercinta dengannya. Bagaimana pula dengan kamu yang hanya meminatinya dalam diam. Kamu tahu dia sudah ada seseorang, kamu nampaknya dari jauh. Kenapa kamu masih tidak melepaskan perasaan terpendam itu? Kamu terlalu taksub dengannya sehingga kamu menutup perasaan kamu dari disentuh orang lain. Kamu tidak menyedari ada seseorang yang sedang menagih cinta darimu. Atau mungkin kamu menyedarinya, tapi kamu pura-pura tidak melihatnya, kerana hati kamu masih pada si dia yang sememangnya bukan milikmu. Butanya cinta kamu, butanya hati kamu. Dan kamu menjawab, ya cinta memang buta. Padahal, yang membutakan cinta itu ialah kamu sendiri.

Kamu, sampai bila kamu harus menutup cinta kamu untuk orang lain? Sedarlah kamu, dia bukan untukmu. Berilah ruang hati kamu untuk menerima cinta baru dan sedarlah dari mimpi semalam. Kalau pun kamu tidak mahu membuka sepenuhnya hati kamu, sekurang-kurangnya bukalah sedikit. Kalau kamu rasakan cinta baru itu lebih membahagiakan, nescaya kamu akan membuka hatimu sepenuhnya nanti.

Jodoh Dan Perkahwinan..

Friday, May 9th, 2008
Renunglah
sejenak jika selepas ini ada lagi yang bertanya soalan Bila nak kawin?
Mungkin jawapan di bawah ini boleh diberi. Seterusnya mungkin mereka
akan berhenti bertanya soalan tersebut..

Renungkanlah sedalam-dalamnya. …

Tidak,
jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita.
Ada
org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya
belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang
usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita
baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang
jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman dan tidak
bertanggungjawab kemudian nanti.

Memang
kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita
selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki
kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org
yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa
membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat
ganda.

Ketika
anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah
hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah
baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan
cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2
bandar raya.

Bukan
semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia
dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia
juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak
terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke
alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul
selain menghalalkan hubunga kelamin, tanggungjawab yang terpaksa
dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya Mereka bermati-matian membina
janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika
tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat,akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin
itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin
itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang
untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai
matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insane kepada
kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah
anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan
mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar
jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

KITA  TIDAK SELALUNYA MENDAPATKAN APA YANG KITA SUKAI, OLEH KERANA ITU MARILAH KITA MENYUKAI APAPUN YANG KITA DAPAT DAN ADA

Friday, May 9th, 2008

ADAKALANYA KITA PERLU MENANGIS AGAR KITA TAHU HIDUP AGAR KITA TAHU HIDUP INI BUKAN SEKADAR KETAWA, DAN ADAKALNYA KITA PERLU KETAWA AGAR KITA TAHU MAHALNYA NILAI AIRMATA…

BERSYUKUR PADA ORANG YANG MENYAKITI KAMU KERANA DIA YANG MENYAKITI KAMU KERANA DIA YANG MENABAHKAN KAMU, BERSYUKUR PADA ORANG YANG TAK MENGENDAHKAN KAMU KERANA DIA YANG MEMUPUK KAMU BERDIKARI……..

BERSYUKUR PADA ORANG YANG MENJATUHKAN KAMU KERANA DIA ORANG YANG MEMPERHEBATKAN KEMAMPUAN KAMU, BERSYUKUR PADA ORANG MENYIKSA KAMU KERANA DIA YANG MENGUJI KESABARAN DAN KETABAHAN KAMU……………