Jodoh Dan Perkahwinan..

Renunglah
sejenak jika selepas ini ada lagi yang bertanya soalan Bila nak kawin?
Mungkin jawapan di bawah ini boleh diberi. Seterusnya mungkin mereka
akan berhenti bertanya soalan tersebut..

Renungkanlah sedalam-dalamnya. …

Tidak,
jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita.
Ada
org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya
belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang
usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita
baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang
jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman dan tidak
bertanggungjawab kemudian nanti.

Memang
kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita
selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki
kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org
yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa
membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat
ganda.

Ketika
anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah
hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah
baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan
cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2
bandar raya.

Bukan
semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia
dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia
juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak
terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke
alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul
selain menghalalkan hubunga kelamin, tanggungjawab yang terpaksa
dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya Mereka bermati-matian membina
janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika
tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat,akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin
itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin
itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang
untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai
matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insane kepada
kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah
anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan
mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar
jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

KITA  TIDAK SELALUNYA MENDAPATKAN APA YANG KITA SUKAI, OLEH KERANA ITU MARILAH KITA MENYUKAI APAPUN YANG KITA DAPAT DAN ADA

Leave a Reply